Apakah itu Permainan?
- "Permainan" membolehkan anda untuk mencuba lagu berbeza dalam AutoRap.
- Setiap kali anda AutoRap, 1 Play akan ditolak daripada baki anda.
- Anda boleh mendapatkan Play dengan melengkapkan tawaran atau melanggan untuk All Access Pass dan menerima Play tanpa had!
Bagaimanakah langganan berfungsi dalam AutoRap?
Dengan All Access Pass AutoRap, anda membayar satu harga rendah setiap secara mingguan, bulanan atau tahunan untuk mendapatkan Play tanpa had sepanjang tempoh langganan anda.
Saya Sangka Apl Ini Percuma??
Kami berikan anda satu lagu - “Turkey Burgers” - yang SENTIASA PERCUMA! Jadi anda boleh AutoRap pada bila-bila masa tanpa menggunakan Plays langsung.
Mengapakah AutoRap Menggunakan Plays?
Plays membiarkan BANYAK lagu yang berbeza. Dengan cara itu, dengan jumlah wang yang sama biasanya anda akan membayar 1 lagu, anda boleh mencuba banyak lagu yang BERBEZA.
Bolehkah Saya Membeli Lagu?
Dalam AutoRap, anda tidak perlu “membeli” lagu. Anda sudah mempunyai akses kepada semua lagu melalui Plays. Anda hanya menggunakan 1 Play setiap kali anda membuat AutoRap baharu atau Re-AutoRap atau anda boleh melanggan untuk Unlimited Plays. Dengan Plays, anda tidak akan terjerat dengan mana-mana satu lagu, jadi anda mendapat lebih banyak lagu bagi wang anda!
Bagaimanakah Jika Saya Tidak Mahu Menghabiskan Wang?
Anda boleh mendapat Plays secara percuma “Unlock All Songs” di bahagian bawah dan mengetik butang “Earn Free Plays”
Saya melengkapkan tawaran tetapi tidak menerima Plays saya. Tolong!
Tawaran diuruskan oleh Tapjoy dan kadang-kadang mengambil beberapa ketika untuk tiba. Tetapi jangan bimbang, ganjaran akan datang! Cuba tutup apl dan buka semula jika anda tidak melihat ganjaran anda datang selepas beberapa saat. Sila hubungi sokongan Tapjoy dan mereka akan membantu anda mendapatkan kembali tawaran anda. Anda boleh menghubungi mereka di sini.
Bagaimanakah jika saya mahu menaik taraf All Access Pass saya?
Anda boleh mengurus langganan anda pada bila-bila masa melalui iTunes dan menukar jenis langganan anda. Lihat pautan ini untuk panduan langkah demi langkah.
Bolehkah saya mengguna All Access Pass saya pada berbilang peranti (telefon, tablet, dll)?
Selagi anda didaftar masuk ke akaun Smule yang sama, All Access Pass anda akan berfungsi pada sebanyak mana peranti iOS yang anda mahu.
Saya telah membuat akaun Smule baharu. Adakah saya masih boleh menggunakan All Access Pass saya?
- Jika anda perlu mencipta akaun Smule baharu atas apa jua sebab, anda boleh menggunakan butang Restore pada halaman pembelian untuk mengaitkan All Access Pass anda dengan akaun baharu anda.
- Seandainya anda tidak dapat memulihkan All Access Pass anda melalui App Store, anda boleh menyahlanggan dengan mengikut arahan di atas dan membeli semula All Access Pass anda untuk menamatkan kaitannya dengan akaun lain.
Bilakah langganan saya akan diperbaharui?
Langganan akan diperbaharui secara automatik kecuali jika pembaharuan automatik dimatikan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum akhir tempoh semasa.
Akaun akan dicaj untuk pembaharuan dalam tempoh 24 jam sebelum akhir tempoh semasa mengikut kos pakej terpilih.
Bilakah langganan percubaan saya akan bertukar kepada langganan berbayar?
Langganan percubaan akan ditukar secara automatik kepada langganan berbayar kecuali jika pembaharuan automatik dimatikan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum akhir tempoh percubaan.
Akaun anda akan dicaj untuk pembaharuan dalam tempoh 24 jam sebelum akhir tempoh percubaan mengikut kos pakej terpilih.
Bagaimanakah jika saya mahu membatalkan langganan percubaan saya sebelum ia bertukar kepada langganan berbayar?
Anda boleh mematikan langganan percubaan penukaran automatik pada bila-bila masa melalui iTunes. Lihat pautan ini untuk panduan langkah demi langkah: http://support.apple.com/kb/ht4098. Anda akan dinyahlanggan setelah tempoh langganan percubaan anda telah tamat. Anda tidak boleh membatalkan tempoh langganan percubaan aktif yang masih berlangsung.
Bagaimanakah jika saya mahu menyahlanggan?
Anda boleh mematikan pembaharuan langganan automatik pada bila-bila masa melalui iTunes. Lihat pautan ini untuk panduan langkah demi langkah.
Anda akan dinyahlanggan setelah tempoh langganan semasa anda telah tamat tempoh. Anda akan terus dapat mengakses muzik anda semasa tempoh langganan aktif semasa walaupun anda telah berhenti berlanggan. Apabila langganan anda tamat, anda akan kehilangan akses tanpa had anda.