Mengapakah ciri itu memangkas perkataan saya di tempat-tempat yang aneh?
AutoRap menggunakan teknologi pengecaman pertuturan untuk menghitung cara terbaik untuk mensegmenkan dan mengulangi frasa yang anda tuturkan, untuk meniru struktur lagu rap sebenar. Ciri ini telah direka untuk berfungsi dalam semua bahasa, jadi ada kalanya, hasil yang dicapai kedengaran agak lucu. Jika anda tidak suka cara ciri ini membahagikan pertuturan anda, mulakan AutoRap sekali lagi!
Ciri ini tidak berfungsi pada iPod Touch saya. Tolong!
AutoRap berfungsi pada model iPod Touch generasi ke-3 dan lebih baharu. Jika anda mengalami masalah pada salah satu peranti ini, sila hantar e-mel kepada kami di alamat yang disenaraikan di bawah halaman ini.
Mengapakah tiada bunyi?
Ini mungkin bermakna yang enjin audio tidak dimulakan dengan betul. Klik butang "utama" peranti anda dan lancarkan semula AutoRap.
Mengapakah suara saya terlalu lembut dalam rakaman?
Semasa merakam, pastikan anda bercakap / menyanyi rap terus ke dalam mikrofon. Jika anda memegang peranti terlalu jauh dari mulut anda atau bertutur dengan terlalu lembut, suara anda akan kedengaran lembut dalam rakaman.