Bolehkah saya menyemak semula lagu saya sebelum saya menerbitkannya?
Ya, terdapat dua cara untuk menyemak semula lagu anda. Anda boleh memainkan lagu itu sendiri atau anda boleh mempratonton untuk melihat cara orang lain akan memainkannya.
Lagu ini berbunyi amat bagus, tetapi notnya terlalu dekat atau terlalu jauh antara satu sama lain, yang menjadikannya sukar untuk dimainkan. Apakah yang boleh saya lakukan?
Semasa proses semakan semula, anda boleh menambah atau mengurangkan jarak antara not dalam lagu anda untuk memudahkannya untuk memainkan. Hanya gunakan gelangsar di sebelah kiri skrin untuk menyesuaikan lagu dengan sewajarnya.
Apl memerlukan saya untuk mendaftar bagi menerbitkan lagu. Adakah saya perlu melakukannya?
Ya, anda akan perlu mempunyai akaun berdaftar untuk menambah lagu. Jika anda tidak memiliki akaun, anda boleh mendaftar di www.smule.com atau memuat turun mana-mana daripada aplkami dan mendaftar di situ.
Saya suka apa yang saya ada setakat ini, tetapi saya ingin menerbitkannya kemudian. Adakah saya boleh melakukannya?
Kami menyimpannya secara automatik lagu yang sedang anda cipta supaya anda dapat teruskan melakukannya dan menerbitkannya kemudian. Untuk menerbitkan lagu yang anda simpan, lancarkan Magic Piano dan pergi ke Composer. Anda hanya boleh melakukan kerja ke atas satu lagu pada satu masa, jadi kami akan bertanyakan anda sama ada anda mahu meneruskan kerja atau tidak ke atas lagu terdahulu yang sedang berjalan atau memulakan semula.