Bagaimanakah caranya untuk saya mencari not yang lebih rendah atau tinggi daripada apa yang saya lihat sekarang?
Anda boleh menemui not yang tidak ditunjukkan pada masa itu dengan meleret ke kiri untuk melihat not yang lebih tinggi atau ke kanan untuk melihat not yang lebih rendah. Jika Composer memasukkan not yang tidak ditunjukkan pada paparan anda sekarang, penunjuk di kedua-dua belah skrin akan memandu anda ke arahnya.
Saya ingin mendengar bagaimana lagu saya setakat ini. Bagaimanakah caranya untuk saya melakukannya?
Ketik pada butang "Play" untuk memain balik dari tempat terakhir anda berhenti dalam lagu.
Adakah terdapat cara yang cepat untuk kembali ke permulaan lagu saya?
Jika anda telah sampai di akhir lagu anda, butang langkau-ke-mula akan menggantikan butang main di sisi kiri bahagian bawah; ketik pada butang ini untuk kembali ke permulaan lagu anda.