Bagaimanakah caranya untuk saya menyanyi dengan video?
Pergi ke Songbook dan pilih lagu. Kemudian, sertai karya bersama yang sedia ada atau mula sesi solo atau karya bersama yang baharu. Sebelum anda bermula menyanyi, tekan togol video ke "On."
Bagaimanakah caranya untuk saya menyanyi tanpa video?
Tekan togol video ke "Off" dan anda dah sedia untuk menyanyi dengan hanya audio!
Bolehkah saya menukar kamera saya daripada menghadap ke depan kepada menghadap ke belakang dan sebaliknya?
Ya! Guna butang tukar kamera di sudut kanan bahagian atas sebelum anda mula merakam video anda.
Mengapakah audio dan video saya tidak bermain selari semasa menyemak rakaman saya?
Sesetengah peranti tidak dapat memproses dengan cukup laju untuk menunjukkan audio dan video secara selari semasa menyemak. Namun begitu, ketik butang "Continue" untuk menyiarkan video anda dan peranti anda perlu diselarikan setelah video disiarkan.
Di manakah saya dapat tahu jika video saya telah berjaya disiarkan?
Pergi ke profil anda untuk melihat bar status penyiaran. Setelah video disiarkan, profil anda akan berkata, "posting complete" di atas setiap rakaman. Anda boleh menyiarkan berbilang video pada masa yang sama.
Apakah yang saya patut lakukan jika video saya gagal disiarkan?
Ketik butang "retry" di sisi kanan mesej tersebut untuk cuba menyiarkan video sekali lagi. Sila pastikan bahawa anda mempunyai sambungan Internet yang stabil.
Mengapakah saya tidak dapat merakam video pada peranti saya?
Rakaman video memerlukan Android 4.4.2 dan lebih baharu. Di samping itu, peranti perlu cukup berkuasa untuk menyokong pemprosesan tambahan semasa merakam video. Itulah sebabnya anda mungkin dapat merakam video dengan apl kamera lalai anda tetapi bukan dalam apl Smule.