Bagaimanakah caranya untuk saya menyanyi dengan video?
Pergi ke Songbook dan pilih lagu. Kemudian, sertai karya bersama yang sedia ada atau mulakan sesi solo atau karya bersama yang baharu. Sebelum anda bermula menyanyi, tekan togol video ke "On."
Bagaimanakah caranya untuk saya menyanyi tanpa video?
Tekan togol video ke "Off" dan anda dah sedia untuk menyanyi dengan hanya audio!
Apakah peranti yang menyokong video?
Pada masa ini, ciri video tersedia pada peranti yang menjalankan iOS 8 dan lebih baharu. Ia tersedia pada iPhone 5 dan lebih baharu dan iPad 4 dan lebih baharu. Jika peranti anda tidak disokong, anda masih boleh menyertai karya bersama dengan menggunakan hanya audio!
Bolehkah saya menukar kamera saya daripada menghadap ke depan kepada menghadap ke belakang dan sebaliknya?
Ya! Guna butang tukar kamera pada sudut kanan bahagian atas sebelum anda mula merakam video anda.
Di manakah saya boleh tahu sama ada video saya telah berjaya disiarkan?
Pergi ke profil anda untuk melihat bar status penyiaran. Setelah video disiarkan, profil anda akan berkata, "posting complete" di atas setiap rakaman. Anda boleh menyiarkan berbilang video pada masa yang sama.
Apakah yang saya patut lakukan jika video saya gagal disiarkan?
Ketik butang "retry" di sisi kanan mesej tersebut untuk cuba menyiarkan video sekali lagi. Sila pastikan bahawa anda mempunyai sambungan Internet yang stabil. Anda boleh menarik turun senarai untuk menyegarkan semula rakaman pada profil anda. Ini akan mencuba semula secara automatik sebarang rakaman yang disimpan pada peranti anda yang gagal disiarkan sebelum ini.