Siapakah yang boleh menambahkan lagu pada Magic Piano Songbook?
Sesiapa sahaja yang memiliki akaun Smule boleh menambahkan lagu pada Songbook. Jika anda tiada akaun, anda boleh mendaftar melalui www.smule.com atau memuat turun mana-mana daripada apl kami dan mendaftar dari situ.
Bagaimanakah caranya untuk saya menambahkan lagu pada Songbook?
Pertama sekali, anda perlu memuat turun apl Magic Piano.
Lancarkan apl Magic Piano, buka menu utama dan pilih "Composer" untuk melancarkan alat Magic Piano Composer.
Tetapkan nama, artis, tempo dan rentak per ukuran lagu anda. Anda juga boleh menambahkan teg yang memudahkan pemain lain untuk menemui lagu anda. Jika anda belum tahu perkara untuk dimasukkan, jangan bimbang; anda boleh mengemas kini tetapan ini kemudian. Ketik butang "Get started" untuk teruskan.
Sekarang, mula menggubah lagu! Anda boleh menambah not dengan mengetik di mana-mana sahaja. Sambil anda bergerak dari kiri ke kanan, not bertukar daripada pic rendah kepada tinggi. Sambil anda bergerak ke atas skrin anda, anda akan bergerak ke depan mengikut masa. Anda boleh menambah berbilang not bagi setiap baris.
Sedia untuk menerbitkan? Setelah anda selesai menggubah, ketik ikon tetapan pada sudut kiri sebelah atas. Jika anda belum mengemas kini butiran lagu anda, inilah masa untuk melakukannya! Jika anda sudah pun bersedia, ketik pilihan "Preview & Publish" untuk menerbitkan lagu anda.
Kemudian, semak lagu anda. Anda boleh memainkan lagu itu sendiri atau mempratontonnya untuk melihat cara orang lain mungkin memainkannya. Jika anda mahu, anda boleh menyelaraskan ruang di antara not. Jika anda perlu membuat perubahan pada lagu anda, ketik butang undur di bahagian kiri sebelah atas. Apabila anda siap, ketik "Publish".
Itu sahaja! Anda boleh mencari lagu baharu anda pada profil anda dan di bahagian My Songs dan Community dalam Songbook.
Bolehkah saya menambahkan lagu dari pelayar web atau pada komputer meja saya?
Belum lagi. Akan datang!
Bolehkah saya mengedit atau memadamkan lagu yang saya cipta?
Ya! Untuk mengedit atau memadamkan lagu yang anda cipta, buka Magic Piano dan pergi ke profil anda. Pilih lagu yang anda ingin edit atau padamkan dan ketik pada pilihan yang sesuai.
Bolehkah saya menetapkan lagu sebagai peribadi sahaja?
Tidak. Apabila anda menambah lagu pada Songbook, lagu itu ditetapkan sebagai awam supaya orang lain dapat mencari dan memainkannya.
Bolehkah saya memuat naik fail .midi sebagai alternatif?
Tidak, kami tidak menyokong muatan naik fail .midi pada masa ini.
Di manakah saya boleh mengetahui dengan lebih lanjut?
Anda boleh melihat lebih banyak petua dan teknik menggunakan Composer dalam Soalan Lazim Composer.