Saya baru sahaja log masuk ke akaun yang sedia ada, tetapi kehilangan Smoola, lagu dan pencapaian yang saya peroleh sebelum saya log masuk. Apakah yang telah berlaku?
Malangnya, Smoola, lagu dan pencapaian yang diperoleh semasa didaftarkan sebagai Tetamu tidak mengikut anda ke akaun yang sedia ada. Kami memohon maaf atas segala kesulitan.
Bagaimanakah langganan berfungsi dalam Magic Piano?
Dengan All Access Pass dalam Magic Piano, anda membayar satu harga yang rendah setiap minggu, bulan atau tahun untuk mendapatkan akses ke SEMUA lagu dan instrumen dalam apl - itu lebih daripada 1000 lagu dan lagu baharu ditambah setiap minggu! Mainkan lagu seberapa sebanyak yang anda mahu dan nikmati manfaat menjadi pelanggan VIP!
Di manakah saya boleh mencari pilihan langganan dalam Magic Piano?
Hanya klik mata wang Smoola di bahagian bawah sebelah kanan apl dan pilihan untuk langganan akan muncul. Pilih lagu yang sesuai untuk anda dan mulakan sesi jamming!
Bagaimanakah jika saya ingin menaik taraf langganan saya?
Anda boleh mengurus langganan anda pada bila-bila masa melalui Google Play dan mengubah jenis langganan anda. Lihat pautan ini untuk panduan langkah demi langkah.
Bagaimanakah jika saya ingin menyahlanggan?
Anda boleh mematikan pembaharuan langganan automatik pada bila-bila masa melalui Google Play. Lihat pautan ini untuk panduan langkah demi langkah. Anda akan dinyahlanggan setelah tempoh langganan semasa anda tamat. Anda tidak boleh membatalkan tempoh langganan aktif yang sedang berlangsung. Sebaik sahaja langganan anda tamat tempoh, anda tidak lagi dapat memainkan lagu yang anda muat turun semasa anda menjadi seorang pelanggan. Anda masih boleh membeli lagu menggunakan Smoola dan mana-mana lagu yang anda beli dengan Smoola sebelum melanggan akan tersedia untuk dimainkan.
Bilakah langganan percubaan saya akan bertukar kepada langganan berbayar?
Langganan percubaan akan ditukar secara automatik kepada langganan berbayar melainkan pembaharuan automatik dimatikan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum akhir tempoh percubaan.
Akaun akan dicaj untuk pembaharuan dalam tempoh 24 jam sebelum akhir tempoh percubaan mengikut kos pakej yang dipilih.
Bagaimanakah jika saya ingin membatalkan langganan percubaan saya sebelum percubaan itu bertukar kepada langganan berbayar?
Anda boleh mematikan penukaran langganan percubaan automatik pada bila-bila masa melalui Google Play. Lihat pautan ini untuk mendapatkan panduan langkah demi langkah: https://support.google.com/googleplay/answer/2476088.
Anda akan dinyahlanggan setelah tempoh langganan percubaan anda tamat. Anda tidak boleh membatalkan tempoh langganan percubaan aktif yang sedang berlangsung. Sebaik sahaja langganan percubaan anda tamat tempoh, anda tidak lagi dapat memainkan lagu yang anda muat turun semasa anda menjadi seorang pelanggan. Anda masih boleh membeli lagu menggunakan Smoola dan mana-mana lagu yang anda beli dengan Smoola sebelum melanggan percubaan akan tersedia untuk dimainkan.
Bagaimanakah penskoran cabaran harian itu berfungsi?
Penskoran cabaran harian adalah terikat kepada masa dan ketepatan cara pemain berinteraksi dengan not pada skrin. Jika anda ketik pada not apabila ia betul-betul berada di atas garisan mendatar pada skrin (dua pertiga ke bawah), maka anda akan mendapat bilangan mata yang maksimum. Anda akan mendapat bilangan mata yang sedikit jika anda mengetik pada not semasa ia jauh daripada garisan mendatar. Cara terbaik untuk mendapatkan skor yang tinggi adalah dengan selalu membina not, yang menghasilkan pengganda mata - seterusnya memberikan anda peluang yang lebih baik untuk berada di papan pendahulu. Sekiranya anda melambatkan not pada mulanya, anda tidak akan dapat memperoleh kemungkinan markah yang tertinggi kerana anda tidak berupaya mencapai kemungkinan mata tertinggi berterusan.
Apakah itu Sing! Jams dalam Magic Piano
Sing! Jams membolehkan pengguna bermain piano dengan persembahan daripada vokalis dalam apl Smule yang sebelum ini dikenali sebagai apl Sing!.
Bagaimanakah caranya untuk saya mencari lagu Sing! Jams?
Anda boleh mencari lagu Sing! Jams dalam buku lagu. Lagu-lagu ini mempunyai ikon mikrofon di sebelah kiri tajuk lagunya.
Apakah ada cara untuk menyimpan persembahan Sing! Jams saya dan kongsikannya dengan seluruh dunia?
Tidak ada jalan untuk berkongsi persembahan Sing! Jams pada masa ini tetapi kami sememangnya mempertimbangkan ciri ini untuk ditambah pada masa akan datang!
Saya menghadapi masalah untuk memuatkan lagu. Apakah yang patut saya lakukan?
Sila periksa sambungan internet anda dan pastikan anda berada dalam talian. Jika anda masih mempunyai masalah, sila e-mel pasukan sokongan di support@smule.com.
Bagaimanakah vokalis Sing! Jams dipilih?
Sing! Jams merupakan pemenang Guitar Idol yang terdahulu. Ia merupakan pertandingan yang diadakan di apl Sing! untuk memilih penyanyi lalai untuk apl Guitar! Untuk menjadi vokalis Sing! Jams sendiri, cuma lihat senarai pilihan lagu Guitar Idol semasa, nyanyikan salah satu daripada senarai tersebut dan letakkan tanda pagar persembahan anda dengan #guitaridol. Jika anda dipilih sebagai pemenang, anda akan ditampilkan sebagai vokalis sebaik sahaja kami menambah lagu yang tertentu dalam Sing! Jams.
Bagaimanakah caranya untuk saya mengurangkan kelantangan bunyi untuk penyanyi?
Hanya berhenti sebentar dan kemudian gerakkan gelangsar untuk mengawal kelantangan bunyi vokal.
Bagaimanakah caranya untuk saya memainkan lagu tanpa suara nyanyian?
Dalam skrin pralagu semasa anda memilih kesukaran lagu tersebut, anda boleh togol vokal Sing! Jams kepada MATIKAN di bahagian atas sebelah kiri.
Mod buku lagu yang hebat! Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan lebih banyak lagu untuk dimainkan?
Semua lagu dalam Magic Piano boleh dibeli menggunakan Smoola, mata wang maya Smule. Lagu Percuma ditambahkan pada apl setiap minggu, oleh itu pastikan anda lihat dengan teliti. Ketahui lebih lanjut tentang Smoola di sini.
Adakah Magic Piano berfungsi pada peranti Android saya?
Kami telah berusaha sedaya upaya untuk menyokong seberapa banyak peranti yang mungkin namun disebabkan oleh kepelbagaian peranti Android yang ada, ia adalah mustahil untuk menguji setiap satu peranti tersebut. Oleh kerana pemasangan apl dan sebahagian kandungannya adalah percuma, kami menyarankan anda untuk mencuba dan beritahu kami jika terdapat sebarang masalah!
Mengapakah saya tidak boleh memasang Magic Piano pada Galaxy S II saya (atau peranti Android yang lain)?
Bagi sesetengah peranti yang kami tahu mempunyai masalah, kami mengehadkan pemasangan pada masa ini. Contohnya, Samsung Galaxy S II mempunyai pepijat audio dalam telefon itu sendiri yang membuatkan pengalaman Magic Piano... hmm, tidak begitu mengujakan. Walau bagaimanapun, perkakasan dan perisian Android sentiasa ditambah baik. Oleh itu, jika kami berupaya menyokong sesetengah peranti ini pada masa akan datang, kami pasti akan melakukannya!
Mengapakah Saya Tidak Dapat Mendengar Semua Not pada Peranti Sony Xperia Saya?
Menaik taraf peranti Sony Xperia anda kepada Android 5 dan ke atas akan membuatkan setiap not dimainkan di Magic Piano.
Bolehkah saya menggunakan Smoola yang saya beli di iOS App Store, Google Play atau Amazon Appstore pada mana-mana peranti?
Kami gembira bahawa anda telah mencuba beberapa versi Magic Piano tetapi anda tidak dapat berkongsi mata wang merentasi platform atau apl pada masa ini. Semua versi apl yang dimuat turun daripada sumber yang sama akan berkongsi lagu dalam smoola sekiranya anda mendaftar masuk ke akaun anda!
Bagaimanakah caranya untuk saya log masuk dengan Facebook?
Pertama, anda perlu mempunyai akaun Facebook. Klik ikon awan di bahagian atas sebelah kiri untuk membuka bar menu gelangsar keluar. Klik pada nama pengguna anda, kemudian klik "Connect" ke Facebook. Anda akan diminta untuk mengesahkan kelayakan anda dan memberi kebenaran.
Hei, lagu-lagu dan Smoola saya sudah hilang! Saya hanya dapat melihat tiga lagu percuma yang asal, apa yang berlaku?!
Terdapat dua perkara yang mungkin berlaku.
- Anda telah dilog keluar dan berada di luar talian, apl tidak boleh mendapatkan senarai lagu anda, jadi ia menunjukkan senarai lalai. Apabila anda kembali log masuk dalam talian, senarai lagu anda sepatutnya akan datang kembali.
- Anda telah dilog keluar atau anda log masuk semasa pelayan kami tidak berfungsi. Anda perlu menunggu seketika sehingga kami dapat membaikinya kembali, kemudian log masuk semula dan senarai lagu anda sepatutnya akan datang kembali.
Jika anda dilog masuk semasa di luar talian, atau log masuk semasa pelayan tidak berfungsi, anda masih boleh memainkan mana-mana dan semua lagu yang anda miliki dan muat turun.
Bukan semua not memberi respons ketika saya memainkan kord tiga atau empat jari.
Sesetengah skrin sentuh lebih sensitif daripada yang lain. Bagi kebanyakan skrin, membuka keluar sedikit jari-jemari anda akan meningkatkan pengesanan sentuhan seseorang individu.
Saya mempunyai masalah bermain dengan lebih daripada dua jari. Apakah yang boleh saya lakukan?
Keupayaan skrin sentuh berbeza antara satu peranti dengan peranti yang lain. Jika peranti anda berupaya menggunakan lebih daripada dua jari namun anda masih menghadapi masalah, ini mungkin kerana anda mempunyai sejenis sistem "gestures" yang dihidupkan.
Kebanyakan peranti HTC sebagai contoh, datang dengan "HTC Gestures" yang dihidupkan secara lalai. Secara asasnya, ini menghalang sebarang apl yang lain daripada menggunakan input tiga atau empat jari. Anda sepatutnya dapat melihat semua ini dalam tetapan peranti anda dan matikannya untuk menggunakan Magic Piano sepenuhnya. (Mungkin semua itu berada dalam tetapan "Display/Keyboard").
Sesetengah bebutang nampak terlalu besar atau terlalu kecil dalam peranti saya.
Oleh kerana terdapat banyak perbezaan saiz skrin Android, sesetengah aset mungkin kelihatan diregangkan atau dimampatkan pada sesetengah telefon. Apabila kami mengeluarkan kemas kini, kami akan memasukkan pembaikan untuk semua ini.
Apakah definisi semua kebenaran yang anda minta ini?
Android memberitahu anda tentang semua ciri telefon yang boleh diakses melalui apl. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak selalu jelas mengapa sedemikian. Baca penerangan berikut tentang apakah yang AutoRap lakukan dengan setiap kebenaran ini.
- Pembelian dalam Apl
- Anda mempunyai pilihan untuk membeli langganan dalam apl. Anda tidak perlu membuat sebarang pembelian dalam apl untuk menggunakan apl ini.
- Peranti & Sejarah Apl
- Maklumat ini membantu kami menyelesaikan sebarang masalah pepijat yang berpotensi dan masalah aplikasi.
- Identiti
- Ini membenarkan anda untuk mendaftar masuk dengan akaun Google+ jika ada.
- Lokasi
- Apabila anda berkongsi lagu, lagu itu akan muncul secara global dan kami gunakan ini untuk menentukan di manakah lokasi untuk meletakkannya. Lokasi tepat anda tidak akan didedahkan sama sekali. Di samping itu, kami memberikan perhatian kepada negara apakah (dan dalam sesetengah kes, negeri) asal pengguna kami agar kami dapat memastikan apl kami dioptimumkan untuk keperluan penonton kami.
- Gambar/Media/Fail
- Anda boleh memilih gambar dari Library anda untuk memuat naik ke profil anda atau simpan sebagai seni album anda.
- Maklumat Sambungan Wi-Fi
- Semak sama ada peranti anda boleh disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi. Ini diperlukan untuk mendaftar masuk ke akaun Smule anda dan muat turun lagu-lagu baharu!
- ID Peranti & Maklumat Panggilan
- Kami menggunakannya untuk mencipta ID yang unik dan tidak boleh dikenal pasti secara peribadi untuk setiap peranti bagi membantu kami mentadbir, menyelesaikan masalah dan menambah baik perkhidmatan apl.
Apakah terdapat dasar privasi?
Anda boleh mendapatkan dasar privasi Smule di sini.
Bolehkah saya menggunakan All Access Pass saya pada pelbagai peranti (telefon, tablet, dsb.)?
Saya telah membuat akaun Smule yang baharu. Adakah saya masih boleh menggunakan All Access Pass saya?
- Jika anda perlu mencipta akaun Smule baharu untuk apa jua sebab, hanya daftar masuk ke akaun tersebut melalui peranti yang anda telah didaftar masuk ke Android/Google Play dengan akaun Google yang dilanggan.
- Seandainya anda tidak dapat memulihkan All Access Pass anda melalui Google Play, anda boleh menyahlanggan dengan mengikut arahan di atas dan membeli semula All Access Pass anda untuk menamatkan kaitannya dengan akaun lain.