Siapa boleh menambahkan lagu pada Songbook Smule?
Sesiapa sahaja yang memiliki akaun Smule boleh menambah lagu pada Songbook. Jika anda tidak memiliki akaun, anda boleh mendaftar di www.smule.com atau memuat turun mana-mana daripada apl kami dan mendaftar di situ.
Bagaimanakah caranya untuk saya menambah lagu pada Songbook?
- Pertama sekali, anda memerlukan trek iringan bagi lagu anda yang tidak mengandungi vokal. Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang jenis fail yang boleh anda muat naik, lihat "Saya tidak dapat memuat naik fail saya. Mengapa tidak? di bawah.
- Setelah anda mendapatkannya, daftar masuk ke akaun Smule anda di www.smule.com dan klik pada butang Upload hijau di sebelah kanan bahagian atas.
- Klik pada pilihan "Songbook" di sebelah kanan.
- Pilih dan muat naik trek iringan anda. Sekali lagi, trek ini tidak boleh mengandungi vokal supaya penyanyi di dalam apl boleh menyanyi di atasnya.
- Masukkan tajuk dan artis lagu anda. Jika kami sudah memilikinya dalam sistem kami, kami akan mencadangkan padanan.
- Pada skrin seterusnya, masukkan maklumat tambahan untuk membantu pengguna lain mencari dan memilih lagu anda.
- Jika anda ingin memasukkan lirik, pastikan yang pilihan ini dihidupkan dan pergi ke skrin seterusnya.
- Masukkan lirik untuk lagu anda. Kemudian, anda boleh menugaskan baris untuk bahagian yang dinyanyi kepada penyanyi tertentu bagi duet dan kumpulan. Anda boleh menyatakan dua bahagian untuk duet dan antara tiga hingga lapan bahagian untuk kumpulan; jika anda menetapkan bahagian duet tanpa bahagian kumpulan, Smule akan mengadaptasikan bahagian duet anda secara automatik untuk nyanyian berkumpulan juga.
- Pada skrin akhir yang seterusnya, anda akan menambah masa pada lirik anda mengikut muzik iringan. Tekan bar ruang atau klik tetikus anda untuk menandakan bila penyanyi harus melihat baris tertentu di atas skrin. Sebaik sahaja baris itu harus muncul, klik dengan tetikus anda atau tekan bar ruang. Ikon pembesar suara akan muncul dan menunjukkan anda apa yang penyanyi akan menyanyi pada masa ini.
- Setelah anda siap menambahkan masa pada semua baris, klik "Simpan" dan lagu anda akan muncul pada profil anda dan dalam bahagian "Community" Songbook Smule!
Apakah trek iringan dan bagaimanakah caranya untuk saya membuat trek tersebut?
Trek iringan ialah rakaman lagu dengan semua alat muzik tetapi tanpa vokal utama. Ini biasanya termasuk dram, piano dan/atau gitar, alat sintesis dan bes. Banyak program rakaman berbeza membenarkan anda mencipta lagu menggunakan alat sintesis dan mesin dram terbina dalam, dan merakam diri anda bermain alat muzik.
Dua daripada pilihan kegemaran kami yang tidak mahal dan mudah dipelajari ialah:
- Stagelight oleh OpenLabs (Windows, Android, macOS)
- GarageBand oleh Apple (macOS, iOS)
Anda perlu menukar fail .wav atau .aiff yang tidak dimampatkan menjadi .mp3 atau .m4a sebelum memuat naik (lihat "Saya tidak dapat memuat naik fail saya. Mengapa tidak?" di bawah.
Bolehkah saya menambah lagu dari telefon mudah alih atau tablet saya?
Tidak. Anda hanya boleh menambahkan lagu dari komputer meja atau komputer riba anda.
Bolehkah saya melihat sama ada komuniti sedang menyanyi lagu saya? Bagaimanakah pula dengan statistik lain?
Ya! Log masuk ke www.smule.com dan lihat bahagian Songs pada profil anda. Klik pada lagu yang anda minati. Di bahagian kanan halaman, anda boleh melihat berapa banyak rakaman yang dibuat oleh pengguna untuk lagu anda. Anda juga boleh melihat nilai yang diberikan oleh penyanyi pada lagu anda dan cadangan mereka tentang cara untuk menambah baiknya.
Bagaimanakah caranya untuk saya mengedit lagu yang saya tambah?
Pertama sekali, log masuk ke akaun yang anda guna untuk menambah lagu tersebut. Kemudian, pergi ke bahagian Songs pada profil anda dan klik pada lagu yang anda ingin edit. Klik butang "Edit Song" di sebelah kanan bahagian atas halaman. Setelah anda mengklik butang ini, anda akan melihat pilihan untuk memadam lagu anda juga.
Bolehkah saya menambah lagu secara sulit?
Tidak. Apabila anda menambah lagu pada Songbook, ia ditetapkan sebagai awam supaya penyanyi lain dapat mencari dan menyanyikannya.
Bagaimanakah lagu yang ditambah oleh pengguna berbeza daripada lagu yang dicipta oleh Smule?
Pengguna boleh menambahkan masa pada setiap baris lirik dalam sesuatu lagu, manakala penerbit Smule boleh menambah masa pada setiap suku kata atau perkataan dalam lirik tersebut. Di samping itu, penerbit Smule menambahkan baris pic pada setiap lagu untuk memberitahu penyanyi not yang perlu dinyanyi sepanjang sesebuah lagu; ciri ini tidak tersedia pada masa ini kepada pengguna yang menambah lagu pada Songbook.
Bolehkah saya menambahkan lagu tertentu yang saya mahu pada Songbook?
Pelajari cara untuk menambahkan lagu anda sendiri pada Songbook di sini, dan sila cadangkan mana-mana lagu yang anda ingin lihat menggunakan borang cadangankami.
Bolehkah saya mengeluarkan lagu yang saya tambah pada Songbook?
Anda boleh memadamkan lagu anda pada Smule.com. Pertama sekali, daftar masuk ke akaun anda dan lihat bahagian Songs pada profil anda. Kemudian, klik pada lagu yang anda ingin padam dan klik butang "Edit Song" di sebelah kanan bahagian atas halaman lagu. Anda akan menemui pilihan untuk memadam lagu itu. Ini mengeluarkan lagu daripada Songbook.
Di manakah saya boleh pelajari lebih lanjut tentang Songbook?
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih khusus tentang Songbook, sila lawati Soalan Lazim Muatan Naik.
Apakah perbezaan antara siaran bebas dan menambah lagu?
Guna pilihan bebas untuk menyiarkan rakaman yang termasuk vokal. Anda boleh menentukan semasa proses siaran jika anda ingin membenarkan dan menjemput pengguna lain untuk menyanyi dengan anda ataupun tidak. Apabila anda selesai, siaran bebas anda akan muncul pada profil anda supaya pengguna lain dapat mendengarnya.
Guna pilihan Songbook untuk menambah lagu pada Songbook menggunakan trek iringan yang tidak termasuk vokal. Apabila anda selesai, lagu baharu anda akan muncul dalam bahagian Community Songbook Smule untuk dinyanyikan oleh pengguna lain.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang siaran bebas, lihat halaman Soalan Lazimkami.
Saya tidak dapat memuat naik fail saya. Mengapa tidak?
Pertama sekali, sila pastikan bahawa fail yang ingin dimuat naik itu memenuhi keperluan muatan naik kami:
- Saiz maksimum fail: 20 MB atau panjang rakaman sehingga 10 minit
- Format yang disokong: m4a, mp3
- 16 bit, Kadar Sampel 44100 atau 48000 Hz
- Fail mono atau stereo sahaja
- Pemampatan maksimum: 64kbps (mono) dan 128kbps (stereo)
Bagaimanakah caranya untuk saya menukar fail saya kepada format fail yang diterima?
Kebanyakan Editor Fail Audio dan Stesen Kerja Audio Digital membenarkan anda untuk menyimpan fail anda dalam format mp3 atau m4a. Program berbayar seperti Apple GarageBand, Adobe Audition, Reaper, Apple Logic Pro, Motu Digital Performer, Avid Pro Tools, Ableton Live dan Propellerhead Reason semuanya membenarkan fungsi ini, tetapi walaupun program tersebut mudah didapati, ia mungkin terlalu mahal dan berkuasa untuk dibeli khususnya untuk fungsi ini.
Dua alternatif hebat yang PERCUMA ialah VLC dan Audacity (tersedia untuk Windows, Mac dan Linux di sini: https://www.videolan.org/vlc/ dan http://audacity.sourceforge.net/download/, masing-masing).
Panduan langkah demi langkah untuk menggunakan VLC bagi tujuan ini boleh didapati di sini.
iTunes juga dapat menukar antara jenis fail ini; terdapat panduan mudah di sini: http://support.apple.com/kb/ht1550.
Harap maklum bahawa untuk mengeksport fail mp3 dari Audacity, anda perlu memuat turun dan memasang codec audio mp3 LAME secara berasingan, dengan mengikuti arahan yang ditemui pada Wiki Audacity di sini.
Dan untuk mengeksport fail m4a dari Audacity, anda perlu memuat turun dan memasang codec audio FFMPEG secara berasingan, dengan mengikuti arahan yang ditemui padaWiki Audacity di sini.
Senarai alternatif yang lebih lengkap boleh ditemui di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_audio_conversion_software
Fail saya terlalu besar. Bagaimanakah caranya untuk saya mengecilkannya?
Jika fail anda terlalu besar, anda perlu cuba memampatkannya dengan tetapan kualiti yang lebih rendah atau mengurangkan panjangnya dengan alat-alat di atas. Cuba kadar bit pemampatan yang lebih rendah (96kbps dan bukannya 128kbps, 48kbps dan bukannya 64kbps) atau jika anda tidak memerlukan stereo (2 saluran kiri dan kanan), cuba menyimpannya sebagai mono.