Mengapakah saya melihat iklan dalam apl?
Jawapannya mudah saja. Iklan pihak ketiga membantu kami membayar bil kami. Produk kami menanggung kos yang tinggi, termasuk royalti. Di Smule, kami prihatin terhadap pembayaran kepada para artis dan menyokong kandungan mereka. Untuk mendapatkan akaun percuma, kami akan membiayai kos ini melalui periklanan. Ini membolehkan kami untuk menyokong muzik secara berterusan tanpa mengenakan caj kepada anda.
Bolehkah saya mengeluarkan iklan?
Untuk menikmati pengalaman tanpa iklan pihak ketiga, sila sokong kami dengan membeli langganan VIP. Jika anda sudah pun melanggan dan masih melihat iklan pihak ketiga, sila hubungi sokongan Smule.
Bagaimanakah pula dengan iklan Smule?
Anda akan terus melihat iklan Smule dalam kedua-dua akaun percuma dan VIP kerana kami menggunakan iklan tersebut untuk mempromosikan ciri dan kandungan baharu.