Mengapakah ia masih menyatakan "Rakaman terlalu pendek" walaupun saya merakamkan lagu yang sangat panjang?
Kemungkinan terdapat masalah dengan strim audio anda semasa pelancaran. Tutup sahaja apl, lancarkannya semula dan ralat tersebut akan hilang. Untuk menutup apl sepenuhnya, anda mesti pergi ke skrin Home anda dan kemudian klik dua kali pada butang Home semula. Ini akan menunjukkan AutoRap (dan apl terbuka anda yang lain) di bahagian bawah. Tekan dan tahan AutoRap sehingga apl tersebut mula bergegar dan menunjukkan tanda sengkang merah. Tekan tanda sengkang merah untuk menutup apl.
Mengapakah apl tersebut memotong perkataan saya di tempat-tempat yang pelik?
AutoRap menggunakan teknologi pengecaman pertuturan yang memikirkan cara terbaik untuk membahagikan dan mengulangi frasa yang anda tuturkan serta memimik struktur lagu rap yang sebenar. Apl ini telah direka untuk berfungsi pada semua bahasa, jadi ada kalanya, hasil yang dicapai kedengaran agak lucu. Jika anda tidak suka cara apl ini membahagikan pertuturan anda, pilih sahaja "Change Beat", mulakan AutoRap semula dan apl akan mencuba sekali lagi!
Mengapakah tiada bunyi yang kedengaran?
Ini mungkin bermakna bahawa enjin audio tidak dimulakan dengan betul. Cuba tutup dan lancarkan semula apl.
Mengapakah suara saya sangat perlahan dalam rakaman?
Semasa merakam, pastikan anda bercakap / menyanyi rap terus ke dalam mikrofon. Jika anda memegang peranti terlalu jauh dari mulut anda atau bercakap dengan nada terlalu perlahan, suara anda akan kedengaran terlalu rendah dalam rakaman.
Apakah definisi semua kebenaran yang anda minta ini?
Android memberitahu anda tentang semua ciri telefon yang boleh diakses melalui apl. Walau bagaimanapun, sebabnya tidak begitu jelas. Baca penerangan berikut tentang perkara yang dilakukan oleh AutoRap pada setiap kebenaran ini.
-
Pembelian dalam Apl
- Anda mempunyai pilihan untuk membeli langganan dalam apl. Anda tidak perlu membuat sebarang pembelian dalam apl untuk menggunakan apl ini.
-
Identiti
- Ini membolehkan anda untuk mendaftar masuk dengan akaun Google+ jika ada.
-
Lokasi
- Apabila anda berkongsi lagu, lagu itu akan muncul secara global dan kami menggunakan ini untuk menentukan lokasi untuk meletakkannya. Lokasi tepat anda tidak akan didedahkan sama sekali. Di samping itu, kami memberikan perhatian kepada negara (dan dalam sesetengah kes, negeri) asal pengguna kami agar kami dapat memastikan apl kami dioptimumkan untuk keperluan penonton kami.
-
Gambar/Media/Fail
- Anda boleh memilih gambar dari Library anda untuk memuat naik ke profil anda atau simpan sebagai seni album anda.
-
Mikrofon
- Ini merupakan apl vokal yang bermakna anda akan menggunakan mikrofon anda untuk menyanyi atau rap menggunakan apl ini.
-
Maklumat Sambungan Wi-Fi
- Semak sama ada peranti anda boleh menyambung kepada rangkaian Wi-Fi. Ini diperlukan untuk mendaftar masuk ke akaun Smule anda dan memuat turun lagu-lagu baharu!
-
ID Peranti & Maklumat Panggilan
- Kami menggunakannya untuk mencipta ID yang unik dan tidak boleh dikenal pasti secara peribadi untuk setiap peranti bagi membantu kami mentadbir, menyelesai masalah dan menambah baik perkhidmatan apl.
Bagaimanakah sekiranya soalan saya tidak tersenarai di sini?
E-mel kepada kami! Kami gembira dapat membantu. Anda boleh Hubungi Kami Di Sini.